Tuesday, December 9, 2014

Next Level Unlocked

Baru-baru ini saya dan bigboss telah buat kunjungan ke ladang Hj Shahrom a.k.a Lalah River Goat Farm di Pedas Negeri Sembilan. Saja nak berkenalan dengan Hj Shahrom. Sillaturrahim dan melawat kandang beliau. Memang dah lama niat nak ziarah tapi asyik menangguh je sebab memang kerja tak pernah habis, masa pun tak pernah ada. Ye ke!? Hehe..

Perkara yang menarik di Lalah River adalah usaha Hj. Shahrom menerapkan sistem gembala dalam program penghasilan susu. Exploration yang menarik. Kalau tengok di youtube memang ada pengusaha kambing Shami di Cyprus yang memang buat sistem semi intensif. Itulah yang mendorong kami sempatkan juga melawat. Alhamdulillah. Terima kasih haji.

Sesi lawatan tu pula diliputkan dalam media arus perdana milik Lalah River Goat Farm. Dibaca oleh Prof Alwi Abu Yamin. Prof Alwi pulak promote pasal blog ni (boleh dibaca di sini klik). Mungkin prof baru terjumpa agaknya. Mendadaklah blog yang tak ada apa isi kandungan ini mendapat hampir 100 viewers over night. Huh! Thanks prof.

Alhamdulillah sekarang ni kambing-kambing di ladang kami  dah boleh dianggap "educated". Lebih berdisiplin dari sebelum ini. Penerapan sistem gembala ni memang macam main game juga. Kena selalu buat peningkatan dari masa ke masa. Kalau dah pass satu level baru boleh unlock next level. 

Awal-awal dulu ketika kambing baru masuk, kita biarkan makan sekitar kandang. Kemudian mereka dah biasa, mereka pun mula merayap ke lot-lot sekitar. Kemudian kami mula gembala ke ladang sawit belakang kandang. Tak luas sangat. 

Ladang sawit belakang
Ladang sawit ni bersebelahan dengan dusun durian. Bila dah biasa kita mula bawa ke dusun durian. Ingatkan mudah nak halau kambing ke mana-mana kawasan ragut yang kita nak. Sebab dulu ketika buat praktikal di ladang prof Alwi macam mudah je. Hakikatnya sungguh mencabar. Kena pula semuanya muda-muda. Veteran tak ada.

Ladang sawit setelah dusun durian. Pokok dah tinggi.


Sambil bawa kambing kita pun me"riki" akses ke ladang-ladang sekitar. Kebanyakkannya di batas dengan longkang besar atau anak sungai. Bila dah jumpa bolehlah kita plan untuk go next level.

Kambing-kambing kene lompat anak sungai, lalu lorong tikus untuk masuk ladang sebelah


Bila dah lintas sungai akan sampai ke ladang ini. Banyak pucuk paku pelbagai jenis.

Apa yang seronok gembala ni kita boleh juga menjumpai benda-benda yang tak disangka-sangka. Pernah anjing kami berjaya tangkap anak ayam hutan yang belum pandai nak terbang.


Kalau lepas hujan bermunculan jugalah cendawan. Eleh, apa nak heran, cendawan je pun!

No ordinary mushrooms, its wild mushrooms!!


Saya orang bandar terkejut juga tengok saiz sebesar ni

Cantik


Pak guard main air.

Dah lama kami mengembala di tempat-tempat sama. Dedaun banyak memang tak ada masalah cumanya bosan. Tak de excitement. Namun entah apa penyebabnya ada petak hujung sawit ni di racun oleh penjaganya. Bila semua rumput dah mengering barulah kami temukan akses baru ke ladang yang lebih jauh. Wah Syok! 

Jumpa kolam atau lombong besar ini. Ada sawit kelilingnya.

Mendamaikan. Tempat ni best. Teduh dan ada one way in and out. So tak risaukan kambing.

Dari tempat gambar tasik ni diambil, kami dapat melihat seberang sana ada benda yang istimewa. Wah that place will be our next level!! Jalan yang kami ambil ini memang tak dapat nak sampai ke sisi tasik kerana tasik berada di bawah. Barulah kemudian kami temukan akses yang membawa kami tepat di sisi tasik.

Seram sejuk juga tempat ni. Hehe..

Kambing-kambing kami ni pantang dapat dedaun dekat tasik, sungai, longkang dan yang seumpamanya. Memang tak sedar diri mereka melantak.

Air lopak

Apa yang peliknya. Kambing-kambing ni tak pula nak minum air tasik atau sungai. Malah air yang ada telur katak ni jugalah yang diorang nak minum. Takut jatuh agaknya.

Kalau kita berdiri menghadap tasik. Sebelah kanan tadi adalah tanah tinggi yang kami ternampak "sesuatu" di arah berlawanan. Sesuatu itu adalah bukit batu. Cantik. Atas bukit tu ada ladang getah. Memang biasa masuk. Ketika berada di atas tu tak dapat lihat apa-apa kerana ada pagar sekeliling ladang getah. 

Kambing nampak terus naik sendiri. 

Kambing boleh naik cukup tinggi. Malah ada seekor kambing kampung super kecil naik sangat tinggi. Tercengang tengok sampai tak sempat tangkap gambar. Dalam hati, "budak ni karang tergelincir baru tahu!" Sekali betul dia tergelincir. Dalam keadaan cemas dan gawat tu rupanya si kambing tu boleh kawal keadaan. Cepat dia bertindak dan surprizingly dia steady je tak jatuh pun. Wow!!

Rasanya game mencari tempat ragut dah sampai level terakhir dah. No more to be unlock.  InsyaAllah lebih dari cukup. Cuma kena co-exist dengan kawanan lembu dan buat baik dengan penjaga ladang.

Terima kasih sudi membaca. Sama-sama kita saling berdoa agar usaha breeding kita berjaya. Amin.


10 comments:

  1. Memang mencabar, siap ada bukit. Macam ni kambing memang boleh jadi fit. Tuan kambing pun sama. Selamat mengembala

    ReplyDelete
  2. Lukut dekat mana Tuan? Saya kerja PD, ulang alik hari2 lalu Lukut, senang2 bleh datang melawat..

    ReplyDelete
  3. WOW WOW WOW!!! Speechless!! Tahniah!! Gambar kambing panjat bukit tu macam kat oversea.

    Terima kasih sudi datang ke LRGF. (walaupun x kesempatan utk berjumpa) - Adil

    ReplyDelete
  4. Tahniah,Sheikh!! Sekali update blog,....macam-macam boleh cerita!!! Teruskan!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  5. Cantik betul kawasan tuan...anjing pegembala tu pun cantik!!

    ReplyDelete
  6. Terima kasih semua sudi baca dan komen. Alhamdulillah segala puji bagi Allah..

    ReplyDelete
  7. salam..tahniah ada blog.brtmbah lg blogger gembala kambing.hihi..

    ReplyDelete