Monday, December 29, 2014

Kelahiran Pertama Kembar

Bagi penternak, masa paling indah adalah bila kelahiran baru tiba. Itulah seri yang memberi motivasi baru kepada kandang. Beban kerja mungkin akan bertambah, tapi ketika itulah penghasilan sebenar sesebuah kandang itu datang.


Sebagai penternak yang masih baru, setiap kelahiran adalah suatu "show" yang menakjubkan. 'Show" yang dinanti-nantikan. "Show" dimana kita akan melakukan pemerhatian.

Satu per dua dari populasi kandang kami adalah betina dara. Ibu-ibu yang baru mahu menimang anak kelahiran pertama. 

Kelahiran pertama hujung tahun 2014

Namun kelahiran pertama kali ini amat mengejutkan. Kambing yang pertama beranak bagi musim ini adalah seekor betina dara. Kelahiran pertama. Ketika anaknya keluar kelihatan saiznya agak kecil berbanding saiz yang biasa kami terima pada musim beranak yang lalu. Hati terdetik. Adakah kembar?

Setelah keluar anak pertama sang ibu bertindak biasa. Menjilat lendir pada anaknya. Namun tindak-tanduknya agak pelik bila sesekali bergerak-gerak seperti mencari keselesaan dan memperbaiki kedudukan. Tidak lama setelah itu si ibu duduk semula. Dalam hati, "ini pasti kelahiran kedua!" MasyaAllah. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam. Tuhan langit dan bumi. Tuhan sebaik-baik pencipta dan pemberi rahmat. 

Perasaan gembira tidak dapat digambarkan. Gembira yang sangat kerana tidak menyangka bakal menerima anak kembar dari kelahiran pertama. Akankah ada lagi anak kembar berikutnya?


Air ketuban ini keluar pada sekitar jam 6 petang

Setelah beberapa hari satu demi satu kambing mula beranak. Kambing diatas ini pula ada kisah tersendiri. Air ketubannya pecah sekitar jam 6 petang. Kami segera memasukkannya di dalam petak beranak. Tunggu dan tunggu tidak juga keluar anaknya. Kami harus segera pulang kerana belum menunaikan kewajiban terhadap pencipta.

 
Sekitar jam lapan malam. Setelah selesai solat maghrib barulah kami kembali ke kandang untuk melihat apa yang berlaku kepada si betina dara yang mahu beranak tadi. Kami temui si dara tadi masih lagi tidak melahirkan kandungannya. Oh Tidak!! Ini suatu yang tidak baik.


Kami keluarkan dia dari petak beranak. Mungkin terlalu sempit baginya untuk meneran di dalam petak tadi. Lama juga kami menanti perkembangannya. Tidak juga kunjung tiba kelahiran yang dinanti. Sekitar hampir jam sepuluh malam barulah kedua anaknya selamat dilahirkan. Rekod kelahiran yang paling lambat keluar setelah air ketuban pecah.

Beranak atas tanah lebih baik?
Satu hari kami gembala lewat. Petang hampir jam enam baru kami kembali ke kandang. Sebaik tiba di kandang kami temukan seekor betina dara dah pecah air ketuban. Kandang masih tertutup. Dari dulu memang teringin agar ada kambing yang lahir di atas tanah. Namun kami tidak confident takut kalut dan masalah yang tidak diingini timbul. Ok, why not we give a try! 

Kebetulan petang tu memang rasa nak bagi kambing makan lebih sekitar kandang. Tak mahu bagi mereka naik dulu. Jadi kami pun balik tunai kewajipan terhadap ilahi dan segera kembali ke ladang. Tiba di ladang si ibu masih belum beranak. Alhamdulillah, bolehlah tengok "show" live on the ground!

Ketika anak pertama keluar tidak ada apa-apa berlaku kerana kengkawan mereka masih belum perasan. Namun ketika berusaha meneran untuk anak kedua semua mula kerumun dan mencium anak pertama tadi. Kami pun segera buka pintu kandang. Semua segera naik kecuali ibu yang sedang meneran.

Anak kelahiran atas tanah ini kelihatan lasak banding semua yang lain. 


Ada juga berita duka. Dua ekor betina dara yang paling lambat beranak pada musim ini mengalami kematian. Kambing betina dara ini mula pecah ketuban sekitar jam 1 tengah hari. Namun kami terpaksa membiarkan dia di kandang kerana ada urusan sebentar. Sekembali ke kandang kami dapati salah satu dari mereka telah pun keras kaku. Mati. Sangat besar. Jantan. Mungkin kerana lemas.   

Dari 7 ekor betina dara 5 ekor beranak kembar. Namun yang beranak kelahiran kedua banyak juga yang beranak satu. Alhamdulillah. Segala puji syukur hanya milik Allah.

Semoga kesemua anak-anak kambing dapat membesar dengan sihat. Amin.

Tuesday, December 9, 2014

Next Level Unlocked

Baru-baru ini saya dan bigboss telah buat kunjungan ke ladang Hj Shahrom a.k.a Lalah River Goat Farm di Pedas Negeri Sembilan. Saja nak berkenalan dengan Hj Shahrom. Sillaturrahim dan melawat kandang beliau. Memang dah lama niat nak ziarah tapi asyik menangguh je sebab memang kerja tak pernah habis, masa pun tak pernah ada. Ye ke!? Hehe..

Perkara yang menarik di Lalah River adalah usaha Hj. Shahrom menerapkan sistem gembala dalam program penghasilan susu. Exploration yang menarik. Kalau tengok di youtube memang ada pengusaha kambing Shami di Cyprus yang memang buat sistem semi intensif. Itulah yang mendorong kami sempatkan juga melawat. Alhamdulillah. Terima kasih haji.

Sesi lawatan tu pula diliputkan dalam media arus perdana milik Lalah River Goat Farm. Dibaca oleh Prof Alwi Abu Yamin. Prof Alwi pulak promote pasal blog ni (boleh dibaca di sini klik). Mungkin prof baru terjumpa agaknya. Mendadaklah blog yang tak ada apa isi kandungan ini mendapat hampir 100 viewers over night. Huh! Thanks prof.

Alhamdulillah sekarang ni kambing-kambing di ladang kami  dah boleh dianggap "educated". Lebih berdisiplin dari sebelum ini. Penerapan sistem gembala ni memang macam main game juga. Kena selalu buat peningkatan dari masa ke masa. Kalau dah pass satu level baru boleh unlock next level. 

Awal-awal dulu ketika kambing baru masuk, kita biarkan makan sekitar kandang. Kemudian mereka dah biasa, mereka pun mula merayap ke lot-lot sekitar. Kemudian kami mula gembala ke ladang sawit belakang kandang. Tak luas sangat. 

Ladang sawit belakang
Ladang sawit ni bersebelahan dengan dusun durian. Bila dah biasa kita mula bawa ke dusun durian. Ingatkan mudah nak halau kambing ke mana-mana kawasan ragut yang kita nak. Sebab dulu ketika buat praktikal di ladang prof Alwi macam mudah je. Hakikatnya sungguh mencabar. Kena pula semuanya muda-muda. Veteran tak ada.

Ladang sawit setelah dusun durian. Pokok dah tinggi.


Sambil bawa kambing kita pun me"riki" akses ke ladang-ladang sekitar. Kebanyakkannya di batas dengan longkang besar atau anak sungai. Bila dah jumpa bolehlah kita plan untuk go next level.

Kambing-kambing kene lompat anak sungai, lalu lorong tikus untuk masuk ladang sebelah


Bila dah lintas sungai akan sampai ke ladang ini. Banyak pucuk paku pelbagai jenis.

Apa yang seronok gembala ni kita boleh juga menjumpai benda-benda yang tak disangka-sangka. Pernah anjing kami berjaya tangkap anak ayam hutan yang belum pandai nak terbang.


Kalau lepas hujan bermunculan jugalah cendawan. Eleh, apa nak heran, cendawan je pun!

No ordinary mushrooms, its wild mushrooms!!


Saya orang bandar terkejut juga tengok saiz sebesar ni

Cantik


Pak guard main air.

Dah lama kami mengembala di tempat-tempat sama. Dedaun banyak memang tak ada masalah cumanya bosan. Tak de excitement. Namun entah apa penyebabnya ada petak hujung sawit ni di racun oleh penjaganya. Bila semua rumput dah mengering barulah kami temukan akses baru ke ladang yang lebih jauh. Wah Syok! 

Jumpa kolam atau lombong besar ini. Ada sawit kelilingnya.

Mendamaikan. Tempat ni best. Teduh dan ada one way in and out. So tak risaukan kambing.

Dari tempat gambar tasik ni diambil, kami dapat melihat seberang sana ada benda yang istimewa. Wah that place will be our next level!! Jalan yang kami ambil ini memang tak dapat nak sampai ke sisi tasik kerana tasik berada di bawah. Barulah kemudian kami temukan akses yang membawa kami tepat di sisi tasik.

Seram sejuk juga tempat ni. Hehe..

Kambing-kambing kami ni pantang dapat dedaun dekat tasik, sungai, longkang dan yang seumpamanya. Memang tak sedar diri mereka melantak.

Air lopak

Apa yang peliknya. Kambing-kambing ni tak pula nak minum air tasik atau sungai. Malah air yang ada telur katak ni jugalah yang diorang nak minum. Takut jatuh agaknya.

Kalau kita berdiri menghadap tasik. Sebelah kanan tadi adalah tanah tinggi yang kami ternampak "sesuatu" di arah berlawanan. Sesuatu itu adalah bukit batu. Cantik. Atas bukit tu ada ladang getah. Memang biasa masuk. Ketika berada di atas tu tak dapat lihat apa-apa kerana ada pagar sekeliling ladang getah. 

Kambing nampak terus naik sendiri. 

Kambing boleh naik cukup tinggi. Malah ada seekor kambing kampung super kecil naik sangat tinggi. Tercengang tengok sampai tak sempat tangkap gambar. Dalam hati, "budak ni karang tergelincir baru tahu!" Sekali betul dia tergelincir. Dalam keadaan cemas dan gawat tu rupanya si kambing tu boleh kawal keadaan. Cepat dia bertindak dan surprizingly dia steady je tak jatuh pun. Wow!!

Rasanya game mencari tempat ragut dah sampai level terakhir dah. No more to be unlock.  InsyaAllah lebih dari cukup. Cuma kena co-exist dengan kawanan lembu dan buat baik dengan penjaga ladang.

Terima kasih sudi membaca. Sama-sama kita saling berdoa agar usaha breeding kita berjaya. Amin.


Kandang di Ladang Kambing Lukut

Ini adalah pemandangan dari the highest point dalam kawasan kandang ini. Sekitar kandang masih semak samun a.k.a hutan belantara. 

Thursday, June 12, 2014

Anak-Anak Sulung

Semoga tuan puan sihat selalu. Hari ini ingin berkongsi beberapa gambar anak-anak sulung yang baru kami peroleh.

Aku cokelat dan anak aku hitam, corak putih masih iras.

Semua serupa cuma warna saja beza, aku hitam dan anak aku cokelat.

Yang ini pula, maknya hitam berstokin brown, si anak brown dan ada hitam highlight
Mak aku absolute white aku pulak absolute black with tiny white marks. Gambar maknya tak masuk pula.

Lagi mak cokelat beranak putih.
Memang menarik bela kambing kacukan kampung ni. Warna-warni. Tak sama dengan bela baka boer tulen. Anak-anaknya sama semua uniformnya.

Ini juga seakan membuktikan bahawa dakwaan anak sulung pertama akan menjadi photocopy maknya adalah tidak tepat seperti yang disangka ramai pihak.

Apapun alhamdulillah syukur untuk gelombang ni semua sekali 7 ekor yang beranak walau hanya 5 yang masih hidup. Semua ibu-ibu dara yang pertama kali menimang anak.

Sunday, June 1, 2014

Belajar meragut

Kambing memang gemar dilepas bebas meragut. Namun untuk sebuah program pembiakan, aktiviti meragut perlu dilakukan mengikut tatacara dan disiplin tertentu sesuai keadaan setempat dan sasaran yang ingin dicapai.